-->
skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home

BOLA SEPAK

About Me

Unknown
View my complete profile

Saturday, 13 September 2014

JENIS- JENIS TENDANGAN BOLA..



Terdapat 3 jenis tendangan iaitu:

(a)     Tendangan leret;
(b)     Tendangan tinggi; dan
(c)     Tendangan voli


Teknik Asas Menyepak
Berikut pula adalah teknik asas untuk menyepak bola :
(a)     Untuk menggerakkan bola secara leret atau rendah, kaki hendaklah diletakkan di tengah-tengah belakang bola itu semasa menyepak.
(b)     Untuk menaikkan atau membuat sepakan bola tinggi, kaki hendaklah diletakkan pada bahagian bawah garisan tengah.
(c)     Bahagian kaki yang leper dan senang bergerak adalah sesuai untuk menyepak atau menggerakkan bola .


Teknik berikut dapat membantu anda membuat tendangan dan hantaran yang tepat :
(i)      Menggunakan bahagian kura-kura kaki untuk membuat tendangan leret, tinggi, hantaran rendah jarak dekat dan jauh dan tendangan kencang ke pintu gol.
(ii)     Menggunakan bahagian dalam kaki untuk tendangan tinggi, hantaran rendah, hantaran dekat dan jauh serta menjaringkan gol.
(iii)    Menggunakan bahagian luar kaki untuk menghantar bola.
(iv)    Menggunakan bahagian tumit kaki untuk membuat hantaran.
(v)     Menggunakan bahagian kura-kura kaki untuk membuat tendangan voli.
(vi)    Menggunakan bahagian perut kaki (inside foot) untuk tendangan voli atau lambung.


Latihan Tendangan dan Hantaran Bola
Latihan-latihan berikut akan membantu anda memperbaiki tendangan anda:

(a)    Latihan Tendangan Leret 1 
(i)     A-B (menggunakan kura-kura kaki)
(ii)    B-C (menggunakan bahagian luar kaki)
(iii)   C-A (menggunakan bahagian perut kaki)
(iv)   (Untuk sepakan tinggi, jarak antara barisan hendaklah dijauhkan)


(b)    Latihan Tendangan Leret 2 
Seperti dalam Latihan 1, seorang pemain bertindak sebagai pengumpan tetap.

(c)    Latihan Menghantar Bola 
Susunan pemain adalah dalam bentuk bulatan. Pengumpan di tengah bulatan menghantar bola kepada pemain yang lain. Pemain menggunakan semua bahagian kaki untuk membuat hantaran bola.

(d)   Latihan Menyepak dan Menghantar Bola 
Pemain X menghantar bola kepada pemain Y melalui 2 kon. Pemain Y akan menghantar semula bola kepada pemain X yang kedua untuk meneruskan latihan. Selepas menghantar bola, pemain bertukar tempat.

(e)     Latihan Menjaring (Membuat Sepakan ke Pintu Gol) 
Menyepak bola secara leret, aras dada dan tinggi.

(f)     Latihan Menghantar Bola 
Pemain X membawa bola dan apabila menghampiri garisan gol, tukar haluan dan buat tendangan ke arah salah seorang pemain Y.






Posted by Unknown at 05:49
Email ThisBlogThis!Share to XShare to Facebook

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Pages

  • Home
  • KEMAHIRAN BELAJAR
  • INTEGRITI
  • RUJUKAN
  • PENGENALAN KEPADA BOLA SEPAK
  • PERALATAN
  • TUGASAN

Popular Posts

  • JENIS- JENIS TENDANGAN BOLA..
    Terdapat 3 jenis tendangan iaitu: (a)     Tendangan leret; (b)     Tendangan tinggi; dan (c)     Tendangan voli Teknik Asas Menyepa...
  • New Entri :)
    1) peta minda kemahiran belajar 2) peta minda literasi maklumat
  • JENIS- JENIS PELANGGARAN DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK
    Anda pernah bermain sepak bola? Anda pernah menyaksikan pertandingannya? Jika ya, Anda pasti tahu bahwa sepak bola adalah olahraga yang san...
  • TIPS MEMILIH KASUT BOLA SEPAK
    BAGAIMANA UNTUK MEMILIH KASUT BOLA SEPAK MENGIKUT KESESUAIAN ANDA?? Satu perkara yang menjadi kewajipan pemain bola sepak ialah mem...
  • Upin dan ipin (bola sepak)
  • RUJUKAN
    Dalam menyediakan entri dalam blog ini, saya telah merujuk beberapa bahan bacaan. Antaranya ialah 1) http://mybelovedthings.blogspot.com/2...
  • Brasil vs Jerman (1-7) Cuplikan Gol Semifinal Piala Dunia 2014
    terima lah hakikat.... hahahahhahhahahaha..... jerman terbaik... selamat menoton dan belajar skill daripada pemain-pemain terbaik dunia...

Blogroll