-->
skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home

BOLA SEPAK

About Me

Unknown
View my complete profile

Saturday, 13 September 2014

TIPS MEMILIH KASUT BOLA SEPAK



BAGAIMANA UNTUK MEMILIH KASUT BOLA SEPAK MENGIKUT KESESUAIAN ANDA??

Satu perkara yang menjadi kewajipan pemain bola sepak ialah memiliki kasut bola.  Ya kasut bola. Biasanya, perkara utama yang menjadi kebiasaan ialah mencari jenama kegemaran dan keadaan kasut tersebut samada cantik atau tidak. Malah, anda juga suka jika warna kasut tersebut menjadi perhatian ramai. Tetapi, tahukah anda bahawa kasut bola mempunyai keistimewaannya tersendiri, tahukah anda bahawa keadaan padang bola sepak memainkan peranan yang penting dalam menentukan jenis kasut bola yang sesuai. Banyak persoalan yang perlu anda ketahui dalam menentukan kasut bola manakah yang sesuai untuk diri anda sendiri semasa bermain bola sepak. Di bawah merupakan cara-cara untuk memilih kasut bola yang sesuai untuk anda. =)     
Anda memerlukan tiga syarat penting dalam memilih dan seterusnya memiliki kasut bola.
1.       Permukaan padang
2.       Posisi dan kemahiran individu
3.       Kemampuan =p

Permukaan padang
Pertama sekali ialah dengan menentukan jenis permukaan padang yang akan anda main. Bahagian tapak kaki akan memainkan peranan yang penting kerana ia akan memberikan kesan  langsung kepada pergerakan permainan anda. Jadi, kasut bola yang baik akan memberikan anda kestabilan dan cengkaman. Permukaan padang terbagi kepada beberapa bentuk iaitu:
1.       Permukaan padang lembut
2.       Permukaan padang separa
3.       Permukaan padang keras
Jadi, kasut bola yang sesuai untuk setiap permukaan padang ialah:  
Permukaan padang lembut :      bahagian tapak kasut (stat) yang keras (besi) dikunci bersama skru atau bilah panjang. Biasanya, jumlah stat ialah 6 atau 9. 


Permukaan padang separa :        Separa merujuk kepada keadaan permukaan padang yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Ianya memberikan lebih cengkaman dan sesuai digunakan semasa permainan berlangsung. Jadi kasut bola yang sesuai digunakan ialah kasut dengan stat 10-16.



Permukaan padang keras:   tapak kasut (stat) yang sesuai digunakan ialah pendek dan banyak. Biasanya, stat akan diletakkan dibahagian tepi tapak atas faktor kestabilan si pemain. 






Posisi dan kemahiran individu
Pada bahagian ini, pemain perlu mengetahui kelebihan pemain itu sendiri samada beliau bermain dalam posisi penjaga gol, pertahanan, tengah, sayap atau penyerang.  Jadi, perkara seperti berikut perlu diambil kira iaitu:
1.       Keadaan padang
2.       Bentuk kaki
3.       Bentuk kemahiran samada dalam kemahiran ketepatan, kawalan, kelajuan atau sentuhan
4.       Jenis kasut bola samada berbentuk leader atau sintetik
Dengan mengambil kira kempat-empat perkara ini, anda dapat  mengetahui kasut bola yang sesuai untuk anda. Jadi, sila rujuk kepada pakar atau pemilik kedai kasut bola.

Kemampuan =p
Pada bahagian ini anda perlu bijak untuk memilih kasut yang sesuai untuk anda. Ketepikan sikap terlalu memilih jenama kerana ianya akan memberikan impak yang tidak baik kepada anda. Utamakan kemahiran yang anda miliki dan kesesuaian kaki anda. Jika tidak mampu kepada jenama yang popular pilih bentuk kemahiran yang bersesuaian dengan kemampuan anda. Tidak semestinya jenama popular boleh memuaskan hati anda, tetapi jika anda berfikiran bijak, ikut kreativiti berdasarkan naluri anda sendiri kerana anda adalah pembentuk sukan Negara. –RESPECT-

Posted by Unknown at 06:04
Email ThisBlogThis!Share to XShare to Facebook

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Pages

  • Home
  • KEMAHIRAN BELAJAR
  • INTEGRITI
  • RUJUKAN
  • PENGENALAN KEPADA BOLA SEPAK
  • PERALATAN
  • TUGASAN

Popular Posts

  • JENIS- JENIS TENDANGAN BOLA..
    Terdapat 3 jenis tendangan iaitu: (a)     Tendangan leret; (b)     Tendangan tinggi; dan (c)     Tendangan voli Teknik Asas Menyepa...
  • New Entri :)
    1) peta minda kemahiran belajar 2) peta minda literasi maklumat
  • JENIS- JENIS PELANGGARAN DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK
    Anda pernah bermain sepak bola? Anda pernah menyaksikan pertandingannya? Jika ya, Anda pasti tahu bahwa sepak bola adalah olahraga yang san...
  • TIPS MEMILIH KASUT BOLA SEPAK
    BAGAIMANA UNTUK MEMILIH KASUT BOLA SEPAK MENGIKUT KESESUAIAN ANDA?? Satu perkara yang menjadi kewajipan pemain bola sepak ialah mem...
  • Upin dan ipin (bola sepak)
  • RUJUKAN
    Dalam menyediakan entri dalam blog ini, saya telah merujuk beberapa bahan bacaan. Antaranya ialah 1) http://mybelovedthings.blogspot.com/2...
  • Brasil vs Jerman (1-7) Cuplikan Gol Semifinal Piala Dunia 2014
    terima lah hakikat.... hahahahhahhahahaha..... jerman terbaik... selamat menoton dan belajar skill daripada pemain-pemain terbaik dunia...

Blogroll