Terdapat 3 jenis tendangan iaitu:
(a) Tendangan leret;
(b) Tendangan tinggi; dan
(c) Tendangan voli
Teknik Asas Menyepak
Berikut pula adalah teknik asas untuk menyepak bola :
(a) Untuk menggerakkan bola secara leret atau rendah, kaki hendaklah diletakkan di tengah-tengah belakang bola itu semasa menyepak.
(b) Untuk menaikkan atau membuat sepakan bola tinggi, kaki hendaklah diletakkan pada bahagian bawah garisan tengah.
(c) Bahagian kaki yang leper dan senang bergerak adalah sesuai untuk menyepak atau menggerakkan bola .
Teknik berikut dapat membantu anda membuat tendangan dan hantaran yang tepat :
(i) Menggunakan bahagian kura-kura kaki untuk membuat tendangan leret, tinggi, hantaran rendah jarak dekat dan jauh dan tendangan kencang ke pintu gol.
(ii) Menggunakan bahagian dalam kaki untuk tendangan tinggi, hantaran rendah, hantaran dekat dan jauh serta menjaringkan gol.
(iii) Menggunakan bahagian luar kaki untuk menghantar bola.
(iv) Menggunakan bahagian tumit kaki untuk membuat hantaran.
(v) Menggunakan bahagian kura-kura kaki untuk membuat tendangan voli.
(vi) Menggunakan bahagian perut kaki (inside foot) untuk tendangan voli atau lambung.
Latihan Tendangan dan Hantaran Bola
Latihan-latihan berikut akan membantu anda memperbaiki tendangan anda:
(a) Latihan Tendangan Leret 1
(i) A-B (menggunakan kura-kura kaki)
(ii) B-C (menggunakan bahagian luar kaki)
(iii) C-A (menggunakan bahagian perut kaki)
(iv) (Untuk sepakan tinggi, jarak antara barisan hendaklah dijauhkan)
(b) Latihan Tendangan Leret 2
Seperti dalam Latihan 1, seorang pemain bertindak sebagai pengumpan tetap.
(c) Latihan Menghantar Bola
Susunan pemain adalah dalam bentuk bulatan. Pengumpan di tengah bulatan menghantar bola kepada pemain yang lain. Pemain menggunakan semua bahagian kaki untuk membuat hantaran bola.
(d) Latihan Menyepak dan Menghantar Bola
Pemain X menghantar bola kepada pemain Y melalui 2 kon. Pemain Y akan menghantar semula bola kepada pemain X yang kedua untuk meneruskan latihan. Selepas menghantar bola, pemain bertukar tempat.
(e) Latihan Menjaring (Membuat Sepakan ke Pintu Gol)
Menyepak bola secara leret, aras dada dan tinggi.
(f) Latihan Menghantar Bola
Pemain X membawa bola dan apabila menghampiri garisan gol, tukar haluan dan buat tendangan ke arah salah seorang pemain Y.
0 comments:
Post a Comment